Usah fikir lagi siapa akan ganti posisi Salahuddin, tumpu gerak kerja PRN – Mohamad Sabu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu menyeru seluruh kepimpinan dan ahli parti itu agar tidak memikirkan dahulu siapa yang akan menggantikan tempat Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Mohamad malah mengingatkan anggota Amanah agar tidak mudah dilagakan-lagakan oleh pihak lain dalam isu ini.

“Kepada kepimpinan dan seluruh ahli-ahli Parti Amanah Negara (Amanah), tumpuan kita ketika ini ialah untuk melaksanakan gerak kerja pilihanraya di enam buah negeri.

“Jangan memikirkan dahulu siapa yang akan menggantikan tempat Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.

“Selepas ini barulah kita akan membincangkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkait pengganti kepimpinan yang telah pergi.

“Jangan kita dilaga-lagakan oleh pihak lain dalam isu ini. Pihak kepimpinan Amanah sendiri akan menguruskan sebaik-baiknya hal-hal berkait pengganti kepimpinan dan masa depan parti mengikut aturan-aturan dan amalan kebiasan parti,” tegas Mohamad dalam kenyataan pada Rabu.

Mohamad juga menyatakan bahawa beliau sendiri memberi komitmen untuk memberikan tumpuan kepada tanggungjawab di Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan turun bersama-sama ahli ke bawah untuk melaksanakan gerak kerja pilihan raya.

“Tanggungjawab kita sangat penting untuk memberi kemenangan kepada calon-calon daripada parti yang bergabung dalam kerajaan perpaduan iaitu Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN),” seru beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat