Caprice Cetus Persoalan Baru, Muat Naik Imej ‘Syaitan’ Di Instagram

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Aktivis, Caprice mencetuskan persoalan ramai pihak selepas memuat naik satu perkongsian berunsur kontroversi di Instagram baru-baru ini.

Menerusi satu entri di laman sosial berkenaan, Caprice mengingatkan rakyat Malaysia agar bersiap sedia menghadapi kebenaran yang bakal dirungkai tidak lama lagi.

“Teguh bersama kebenaran, Malaysia. bersedialah, ia bakal muncul. Syaitan itu berbohong, berpura-pura dan menjual kemanisan. Tetapi Allah perancang terbaik. masanya semakin hampir,” tulisnya.

Perkongsian yang memaparkan imej syaitan itu menerima 49,281 likes setakat ini.

Selain itu, Caprice atau nama sebenar Ariz Ramli turut bertindak menutup ruangan komen bagi entri berkenaan.

Terdahulu penyanyi rap ini mencetuskan kontroversi selepas mendedahkan pelbagai dakwaan terhadap Ebit ketika berhubung misi kemanusiaan di Gaza, baru-baru ini.

Susulan itu, Ebit telah membuat laporan polis dan menyekat Caprice daripada akaun Instagramnya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat