Guna Logo PAS Pada PRU-15 Masih Peringkat Perbincangan – Hamzah

- Advertisement -

LARUT: Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin menyatakan cadangan penggunaan logo PAS pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) masih dalam peringkat perbincangan di peringkat tertinggi PN.

Jelasnya, cadangan tersebut adalah satu strategi PN dalam PRU15 akan datang.

“Ia akan diumumkan kemudian, selepas keputusan mengenainya dibuat.” Katanya pada Majlis Kenduri Kampung di Dewan Orang Ramai Anak Kurau, Batu Kurau, pada Sabtu.

Dan tegas Hamzah lagi, PAS masih bersama dengan PN kerana dua minggu yang lepas masih bermesyuarat bersama.

Mengenai kenyataan Presiden PAS agar PRU15 disegerakan bagi mengukuhkan kestabilan politik, Hamzah berkata tidak ada salahnya diadakan segera jika semua parti termasuk rakyat sudah bersedia.

Ditanya mengenai PAS Perak untuk menawarkan kerusi Parlimen Pasir Salak kepada Dato’ Seri Tajuddin Abd Rahman untuk bertanding atas tiket PN, beliau menjawab semua orang membuat penawaran tetapi keputusan akhirnya adalah terletak pada pucuk pimpinan parti. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat