Sokongan Orang Asli Di PRK Chini Berpihak Pada BN

- Advertisement -

CHINI – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, Mohd Sharim Md Zain melipatgandakan kempennya dengan tumpuan kepada masyarakat Orang Asli dalam kawasan DUN itu pada hari keenam, hari ini.

Menerusi kempen itu, beliau melakukan ziarah kasih di beberapa perkampungan Orang Asli untuk mendekati dan mendalami permasalahan dihadapi masyarakat minoriti itu.

Mohd Sharim berkata, sokongan Orang Asli terhadap BN dilihat sangat memberangsangkan dan percaya majoriti undian akan bersamanya.

“Saya akan melakukan sebaik mungkin untuk memperjuangkan nasib masyarakat DUN Chini khususnya di kawasan kampung Orang Asli, kampung tradisional serta masyarakat Felda,” katanya ketika mengadakan lawatan di perkampungan Orang Asli di Bendaling, Pekan.

Turut serta membantu kempen beliau hari ini ialah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Ahli Parlimen Pekan.

Mohd Sharim bersama-sama Najib meluangkan masa satu jam bertemu penduduk di situ dan turut mendekati masyarakat Orang Asli Kampung Tasik Mentiga serta menghadiri program penyerahan borang keahlian baharu ibu tunggal DUN Chini di Dewan Semai Bakti Felda Chini 5.

Sementara itu, Najib selaku Pengarah Operasi BN bagi PRK DUN Chini melahirkan keyakinan bahawa Mohd Sharim mampu meneruskan legasi kerja baik ditinggalkan penyandangnya Allahyarham Datuk Seri Abu Bakar yang meninggal dunia akibat serangan jantung.

“Dia paling sesuai untuk Chini, lebih-lebih lagi aktif dalam pergerakan belia. Saya yakin dia akan jadi wakil rakyat yang akan berkerja dengan senang hati,” katanya.

PRK DUN Chini, dengan pengundian pada 4 Julai ini, menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohd Sharim, 41, dan dua calon Bebas Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, dan Mohd Shukri Mohd Ramli, 49.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat