23 Pesakit Covid-19 Pulih, 6 Jangkitan Baru Hari Ini – KKM

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Sebanyak enam kes positif baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam sehingga pukul 12 tengahari tadi manakala 23 kes telah pulih dan dibenarkan discaj.

Berikutan itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 berjumlah 191 kes dan jumlah kumulatif kes positif virus itu adalah sebanyak 8,606 kes.

Ketua Pengarahnya Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada enam kes baharu yang dilaporkan, lima kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan empat warga Malaysia dan seorang bukan warga yang dibenarkan masuk ke negara ini di atas urusan kerja.

“Manakala satu kes lagi iaitu kes keenam penularan di dalam negara pula adalah warganegara Malaysia, iaitu kes saringan tempat kerja di Kuala Lumpur, tetapi tiada penularan dalam negara dalam kalangan bukan warganegara dilaporkan pada hari ini,” katanya pada sidang media di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.

Menurut Noor Hisham, sehingga kini, sebanyak dua kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada kes yang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Pada masa sama, tambah beliau, tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 121 kes (1.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes),” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat