Ahli Dan Pemimpin PKR Melaka Tangguh Keluar Parti

- Advertisement -

MELAKA – Seramai 500 orang ahli termasuk beberapa orang pemimpin akar umni PKR Melaka yang sepatutnya dijadual keluar parti esok, menangguhkan perkara itu.

Ia berikutan pihak penganjuran ‘dinasihat’ oleh beberapa pihak termasuk Polis, untuk menangguhkan majlis pengisytiharan keluar dari PKR itu.

Perkara itu dimaklumkan oleh wakil kepada kumpulan gerakan keluar parti itu yang juga bekas Pengarah Komunikasi dan Strategik AMK Masjid Tanah, Akram Ahmar melalui pesanan ringkas di aplikasi Whatsapp hari ini.

“Setelah menerima nasihat dari PDRM dan kelulusan oleh YB Datuk Pengerusi PKN Melaka.

“Program Majlis peristiharan melucutkan keanggotaan PKR yang dijadualkan esok ditunda ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak,” katanya kepada SuaraTV.

Semalam, SuaraTV melaporkan seramai 500 orang ahli PKR Melaka membuat pengisytiharan keluar parti Sabtu ini, termasuk beberapa orang pemimpin di peringkat Cabang dan Ranting parti itu.

Sekumpulan pemimpin daripada sayap utama parti itu juga akan menyertai langkah tersebut termasuk dari sayap Angkatan Muda Keadilan(AMK), sayap Wanita dan Srikandi.

Langkah itu berikutan pucuk pimpinan parti yang dilatakan sudah lari daripada garis perjuangan asal parti berkenaan yang mahu menegakkan agenda reformasi dalam negara selama ini.

Sebaliknya, agenda reformasi berkenaan telah digantikan dengan ‘zikir’ dan ‘ratib’ memuja Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri semata-mata tanpa membentangkan apa-apa idea pembangunan dan polisi ekonomi baru untuk negara bagi tujuan reformasi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat