KUALA LUMPUR – Krisis bekalan global telah mengheret kepada 7,057 orang pekerja hilang pekerjaan pada April 2026.
Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Nasir dalam taklimat krisis bekalan global pada Isnin memaklumkan jumlah orang hilang pekerjaan ini meningkat 1,202 berbandung pada Mac 2026.
“Berkenaan pasaran buruh untuk bulan April dilaporkan seramai 7,057 orang pekerja kehilangan pekerjaan, berlaku peningkatan berbanding 5,855 orang pada bulan Mac.
“Walaupun sebenarnya angka ini jika kita bandingkan dengan keadaan awal tahun untuk Januari sebenarnya seramai 10,658 orang dan Februari sebanyak 7,512 orang yang kehilangan pekerjaan.
“Walau apapun perkembangan ini, kita (kerajaan) akan terus berikan perhatian kerana kita sedar setiap satu angka yang kita laporkan walaupun mungkin dilaporkan secara statistik ianya mewakili keluarga yang hilang punca pendapatan,” ujarnya.
Akmal menegaskan, kerajaan akan pastikan sistem insurans pekerjaan (SIP) atau lindung kerjaya di bawah Perkeso berfungsi dengan pantas untuk membantu mereka yang harus dibantu.



