Penggal pentadbiran tamat 2027, tiada PRN awal di Johor – Onn Hafiz

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak akan dibuat lebih awal memandangkan penggal pentadbiran kerajaan negeri hanya akan berakhir pada April 2027.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kerajaan negeri sedia ada masih memiliki tempoh dua tahun untuk memberikan tumpuan penuh kepada kerja-kerja pembangunan ekonomi dan infrastruktur demi manfaat rakyat.

“Ini bukan musim pilihan raya, penggal pentadbiran hanya akan tamat pada April 2027, ada dua tahun lagi jadi seperti dititahkan Pemangku Sultan Johor untuk kita fokus pembangunan negeri Johor.

“Marilah kita cari titik persamaan agar kerjasama dapat dicapai dan bukannya mencari titik perbezaan antara kita sehingga boleh menyebabkan perpecahan berlaku,” katanya ketika sesi penggulungan di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar, lapor Utusan di Johor pada Isnin.

Onn Hafiz yang juga Adun Machap turut memberitahu, pihaknya berterima kasih dengan komitmen dan akhlak murni ditunjukkan Adun pelbagai parti politik pada Sidang DUN Johor.

“Walaupun kita berbeza parti dan ideologi politik namun saya dapat rasakan keharmonian di dalam Sidang DUN Johor ini. Saya akan laporkan kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bahawa semua Ahli Dewan menjunjung tinggi keharmonian dan menunjukkan semangat muafakat tinggi.

“Johor mesti jadi Johor, kita mesti menjadi contoh. Marilah kita dengar bukan sahaja dengan telinga tetapi juga dengan hati dan jiwa. Jangan hanya bercakap untuk direkodkan sebaliknya bercakaplah untuk menyelesaikan isu rakyat,” ujarnya.

Pada PRN Johor lalu, BN memperoleh kemenangan majoriti dua pertiga dengan menawan 40 daripada 56 kerusi DUN Johor.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat