KPKM terima taklimat banci pertanian dapat gambaran lebih jelas keperluan sebenar di lapangan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menerima taklimat berkaitan Dapatan Interim Banci Pertanian 2024 daripada Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, banci ini sangat penting untuk kementerian dan negara secara keseluruhannya.

Ujar Mohamad, ia memberikan gambaran yang lebih jelas tentang keadaan semasa sektor pertanian, siapa yang terlibat, di mana lokasi mereka, dan apa keperluan sebenar di lapangan.

“Hari ini Bang Mat menerima taklimat, justeru dengan adanya data yang tepat ini, Kerajaan Madani dapat merangka dasar dan inisiatif yang lebih tersusun, adil dan menyeluruh.

“Usaha ini adalah selaras dengan komitmen kita untuk memastikan tiada pihak yang tercicir, terutamanya golongan petani, penternak, nelayan serta usahawan tani.

“Maklumat dari banci ini akan menjadi asas penting dalam merancang tindakan yang berpandukan data. Apa jua dasar yang dilaksanakan selepas ini akan memberi manfaat terus kepada mereka yang benar-benar memerlukan,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad mengucapkan penghargaan kepada Jabatan Perangkaan Malaysia dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan banci ini.

“Kita terus bergerak ke hadapan dalam memperkukuh sektor pertanian demi jaminan makanan dan kemakmuran negara,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat