TDM & TNI-AD halang 7 PATI cuba ceroboh sempadan

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

LUNDU – Anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Nasional Indonesia – Angkatan Darat (TNI-AD) berjaya menyekat 7 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) masuk ke sempadan negara pada Jumaat.

Menurut kenyataan Sel Perhubungan Raya Markas 1 Divisyen, unit di bawah formasi Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen) sedang melaksanakan operasi di sektor Pos Gabma Biawak.

Menurutnya, pada jam 12 tengah hari sepasukan anggota TDM dan TNI-AD yang melaksanakan tugas rondaan terserempak dengan 7 orang PATI berjalan melalui lorong tikus iaitu jarak lebih kurang hanya 100 meter sahaja dari sempadan Indonesia.

Kesemua suspek yang berumur 21 hingga 46 tahun itu dalam perjalanan menceroboh ke sempadan untuk bekerja sebagai buruh kontrak dan ladang di Malaysia.

Katanya, anggota tentera bertindak menahan dan membuat pemeriksaan lanjut terhadap kesemua suspek dan mendapati tiada barang larangan serta berbahaya dijumpai hanya wang tunai, telefon bimbit, dompet serta beg pakaian yang dianggarkan bernilai RM 4,550.

“Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Lundu bagi menentukan tindakan pengusiran dibuat dengan betul mengikut peraturan semasa dan kesemua suspek telah di bawa ke sempadan negara untuk pengusiran,” ujar kenyataan itu lagi.

Mengulas lanjut, Pemangku Panglima 3 Briged, Kolonel Mohamed Rosly Darasid menjelaskan, kesemua suspek yang ditahan adalah bukan PATI yang sama.

“Mereka pertama kali menceroboh masuk melalui sempadan negara ke Sarawak melalui semakan salinan kad pengenalan yang disimpan oleh pasukan keselamatan,” jelasnya lagi.

Beliau mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada anggota tentera yang mengawal sempadan negara 24 jam setiap hari. – Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat