Tayangan awal Filem Polis Evo kutip 3.4 juta

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Filem Polis Evo 3 yang mempamerkan aksi komedi tanpa henti membuktikan kecemerlangan apabila mencatat kutipan keseluruhan RM3.4 juta, termasuk tayangan awal.

Penerbit Eksekutif Polis Evo 3 merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara , Raja Jastina Raja Arshad berkata, pihaknya bersyukur dengan sokongan penonton yang amat luar biasa.

“Polis Evo 3 berjaya mengetepikan filem antarabangsa, FAST X dengan kutipan melebihi 2 kali ganda pada Khamis 25 Mei, sekali gus mendominasi carta kutipan pawagam.

“Bukan itu sahaja, Polis Evo 3 terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures, turut tular di media sosial pada hari tayangan rasminya semalam dan rata-rata penonton berkongsi reaksi positif,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, pihaknya amat berbesar hati apabila penonton memilih karya tempatan untuk dijadikan tontonan.

“Dikesempatan ini saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menyaksikan Polis Evo 3 di pawagam.

“Momentum positif ini membuktikan penonton kita masih meletakkan kepercayaan pada karya tempatan.

“Kami harap penonton akan berpuas hati serta terhibur selepas menyaksikan Polis Evo 3,” katanya.

Kejayaan filem tempatan mengatasi kutipan filem antarabangsa ini juga selaras dengan tagline Polis Evo 3 iaitu ‘Kita Lagi Kuat Boh’.

Filem arahan Syafiq Yusof ini menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan, Eyka Farhana dan ramai lagi.

Terdahulu Polis Evo (2015) mencatat rekod sebagai filem tempatan pertama menembusi kutipan box office lebih RM18 juta dan Polis Evo 2 (2018) memungut jumlah box office RM23juta.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat