Kerajaan Belum Buat Keputusan Cadangan Syarikat Telekomunikasi Pegang Saham Majoriti DNB

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan belum lagi membuat keputusan ke atas cadangan empat syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia yang mahu memiliki saham majoriti (51 peratus) dalam Digital Nasional Bhd (DNB), kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata perkara itu akan dibincangkan dengan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan kerajaan akan memberikan respons ke atas permintaan syarikat berkenaan secepat mungkin.

“Masa kita membuat tawaran, kita sudah fikir banyak kali apa yang patut kita buat. Kita mahukan industri berkembang dan kita mesti sediakan satu persaingan setara, ia tidak boleh seperti undang-undang rimba, siapa kuat dia menang.

Kami mesti memastikan industri ini berkembang dan untuk ia berkembang, kami mesti memastikan peluang yang adil untuk setiap pihak… kini syarikat telekomunikasi tertentu mahu bergabung, okey – ia keputusan perniagaan mereka,” katanya dalam sidang media Majlis Pelancaran “Yes 5G for All” di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah agensi berita asing mengenai cadangan yang dikemukakan empat syarikat telekomunikasi itu. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat