Kedudukan Zuraida Dalam Kabinet Ditentukan Selepas Bertemu PM – Dr Wan Junaidi

- Advertisement -

CYBERJAYA – Datuk Zuraida Kamaruddin masih belum dianggap sudah melepaskan jawatannya sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi susulan penyertaannya dalam Parti Bangsa Malaysia (PBM), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Memetik laporan BH, Wan Junaidi berkata surat yang dikeluarkan Ahli Parlimen Ampang itu menyatakan beliau akan membincangkan perkara itu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Wan Junaidi lagi, berdasarkan surat itu Zuraida menyatakan akan membincangkan persoalan berhubung jawatannya sama ada akan melepaskannya atau sebaliknya selepas bertemu Perdana Menteri.

“Persoalannya, orang boleh bincang dengan Perdana Menteri, macam mana kalau Perdana Menteri berkata “Zuraida tak payah lah nak ‘resign’ (letak jawatan) dulu… tunggulah.

“Kalau Perdana Menteri menasihatkan beliau begitu, mungkin beliau akan meneruskan jawatannya.

“Ini tidak menjadi masalah kerana memang selalu orang berjumpa dengan Perdana Menteri berhubung dengan perkara sama, cerita yang sama, oleh kerana tidak puas hati dengan sesiapa sajalah,” katanya.

Bagaimanapun, Wan Junaidi berkata, beliau sendiri tidak boleh mendalami atau terbabit dengan isu ketidakpuasan hati Zuraida dan parti politik yang disertainya sebelum ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Zuraida pagi tadi yang mengumumkan keputusannya keluar daripada Bersatu bagi membolehkannya menyertai PBM.

Dalam perkembangan berkaitan, Utusan melaporan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau akan bertemu dengan Perdana Menteri dalam masa terdekat untuk mengemukakan satu nama baru bagi menggantikan tempat Zuraida dalam kabinet.

Muhyiddin berkata, ia memandangkan kedudukan Zuraida sebagai menteri adalah atas kuota Bersatu.

Beliau turut mengesahkan keahlian Ahli Parlimen Ampang dalam Bersatu gugur serta merta selepas membuat pengumuman untuk menyertai PBM melalui satu kenyataan akhbar hari ini.

“Keahlian beliau dalam Bersatu telah gugur serta merta mengikut Fasal 10 Perlembagaan Bersatu.

“Saya mengucapkan terima kasih di atas segala sumbangan beliau kepada Bersatu selama ini, ” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat