PH Disaran Beri Laluan Kepada BN Dalam PRK DUN Chini

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Pakatan Harapan (PH) dan Parti Keadilan Rakyat diharap memberi laluan percuma kepada Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini.

Menurut Setiausaha Agung Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub, DUN Chini merupakan kubu kuat BN. Dalam keadaan sekarang  dengan sokongan PAS dan Bersatu, adalah wajar PH/PKR tidak meletak calon dalam PRK Chini.

“Ini sekali gus boleh menyelamatkan perbelanjaan Suruhanjaya Pilihan Raya dan dapat membantu kerajaan melawan Covid-19.”

“Dulu ada sedikit saingan kerana rancangan tanah Felda di Chini tapak kuat PAS yang  menjadi musuh utama BN. Kemunculan PH/PKR hanya dalam PRU14 ketika tsunami politik.”

”Dengan wujudnya MN maka Chini sudah pasti milik BN/MN dan PH/PKR akan sekali lagi mendapat malu besar terutama dalam suasana politik hari ini. Gabungan undi BN/UMNO dan Pas tidak mungkin dicabar oleh PH/PKR,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Dalam PRU14, DUN Chini telah ditandingi oleh BN (UMNO), Pas dan PH (PKR).

Namun, BN menang bergaya apabila 10,027 dari 21,251 (47.2%) pengundi mengundi BN manakala PAS memperolehi 5,405 undi (25.4%).

PH hanya mampu mendapat 1.065 undi (5.0%) dan hilang wang pertaruhan.

Jumlah pengundi keluar mengundi ialah 79% atau 16,798. BN menang dengan majoriti 4,622 undi.

PRK bagi DUN Chini, Pahang akan diadakan pada 4 Julai depan, manakala hari penamaan calon adalah pada 20 Jun.

Tarikh bagi pengundian awal pula adalah pada 30 Jun.

PRK DUN Chini diadakan susulan kematian Datuk Seri Abu Bakar Harun, 60, di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung selepas terjatuh dan mengalami sesak nafas di Bangsar pada 7 Mei lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat