Trump Dievakuasi Susulan Insiden Tembakan Di White House

WASHINGTON — Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dipindahkan keluar oleh pasukan keselamatan selepas insiden tembakan mencetuskan panik ketika berlangsungnya White House Correspondents’ Dinner di Washington Hilton, malam Sabtu.

Menurut laporan awal, bunyi tembakan kedengaran berhampiran kawasan pemeriksaan keselamatan utama di lokasi majlis sebelum anggota Secret Service bertindak pantas mengiringi Trump dan tetamu kenamaan lain ke lokasi selamat.

Insiden itu turut menyebabkan para hadirin berlindung di bawah meja ketika anggota keselamatan bersenjata mengawal ballroom utama.

Laporan media antarabangsa menyebut seorang suspek berjaya ditahan pihak berkuasa, manakala seorang pegawai penguat kuasa dilaporkan terkena tembakan pada vest kalis peluru, namun dijangka pulih. Tiada kecederaan dilaporkan melibatkan Trump atau pegawai kanan pentadbiran lain.

Trump kemudian dilaporkan kembali ke White House selepas operasi keselamatan dijalankan, sementara majlis tahunan berprestij itu dibatalkan dan dijangka dijadualkan semula.

Pihak Secret Service dan polis metropolitan Washington kini menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti motif kejadian.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat