“Bekas Timbalan KSU Pertahanan Antara Enam Tokoh Sertai BERSATU”

SHAH ALAM — Bekas Timbalan Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertahanan antara enam tokoh pelbagai latar belakang yang diumumkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam Konvensyen BERSATU Selangor di sini, hari ini.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Azmin Ali ketika beliau menyampaikan agenda peduli rakyat pada konvensyen yang berlangsung di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam.

Sirajuddin Haji Salleh, yang juga bekas Datuk Bandar Ipoh, disenaraikan sebagai antara tokoh utama yang menyertai BERSATU, bersama lima lagi individu lain.
Mereka ialah Iskandar Khoo Kuan Yiaw, seorang pempengaruh media sosial dan aktivis anak muda; Ahmad Khusyairi Khalid, pakar perunding Bedah Telinga, Hidung dan Tekak (ENT); Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Ketua Pegawai Eksekutif sebuah organisasi pembangunan kemanusiaan; Muhammad Najmi Samsudin, bekas ahli pihak berkuasa tempatan; serta Alif Anas Md Noor, bekas pemimpin pelajar.

Menurut Azmin, penyertaan tokoh-tokoh berkenaan mencerminkan keyakinan pelbagai lapisan masyarakat terhadap perjuangan parti serta keupayaannya untuk terus relevan dalam landskap politik semasa.

“Ini bukan sekadar penambahan ahli, tetapi satu pengukuhan dari segi pengalaman, kepakaran dan jaringan yang mampu menyumbang kepada agenda parti,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Badan Pimpinan Negeri Selangor dan Setiausaha Agung BERSATU Malaysia turut menegaskan bahawa konvensyen tersebut memberi fokus kepada usaha memperkukuh agenda peduli rakyat sebagai teras perjuangan parti.

Konvensyen itu turut dihadiri barisan kepimpinan parti termasuk Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu, Naib Presiden BERSATU, Dato’ Dr. Radzi Jidin, serta pengasas BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Konvensyen berkenaan menghimpunkan kepimpinan serta perwakilan dari seluruh negeri Selangor, sekali gus menjadi platform memperincikan hala tuju dan strategi parti menjelang perkembangan politik seterusnya.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat