INSKEN Kekalkan Momentum Cemerlang Bantu Usahawan Lonjakan Hasil Jualan

- Advertisement -

 CYBERJAYA – Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) berjaya melatih 28,929 usahawan dari seluruh Malaysia melalui 762 program latihan dan bimbingan keusahawanannya membabitkan hasil jualan bernilai RM12.3 juta tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN, Muhd Firdaus Azharuddin berkata, keberkesanan program program anjuran INSKEN membuatkan beliau bertambah bersemangat untuk terus membantu  usahawan di negara ini.

Menurutnya keberkesanan program program anjuran INSKEN membuatkan beliau bertambah bersemangat untuk terus membantu  usahawan di negara ini.

“INSKEN menyasarkan 20 peratus peningkatan jualan menerusi 422 program latihan dan bimbingan keusahawanan Insken tahun ini dan dapat membantu 13,400 usahawan mengekalkan momentum cemerlang dalam melaksanakan perniagaan dipilih mereka.

“Sehingga April 2022, sebanyak 179 program  latihan dan bimbingan keusahawanan dan 6,575pelatih dijalankan bagi kesemua program anjuran INSKEN,” katanya dalam Taklimat Media Pencapaian INSKEN 2021, secara atas talian, di sini, hari ini.
 
Jelasnya untuk tahun 2022, beliau mensasarkan untuk membantu usahawan  mikro dan informal bagi memperkasakan perniagaan melalui program latihan dan bimbingan anjuran INSKEN.
 
“Selain itu, INSKEN juga akan memastikan penjaja dan peniaga kecil dapat  menguasai perkara asas perniagaan iaitu mengurus tunai melalui Kursus Asas Tunai yang  mula dilaksanakan sejak awal tahun ini.  
 
“Beberapa program baharu yang memfokuskan kepada topik kepimpinan,  kewangan dan bimbingan usahawan permulaan akan diperkenalkan pada tahun ini.
 
“Sejajar dengan  peralihan ke fasa endemik, mod program anjuran INSKEN juga bertukar kepada 50% secara atas  talian dan 50% secara fizikal,” katanya.
 
Katanya, laporan pencapaian 2021 menunjukkan RM12.3 juta hasil jualan dapat ditingkatkan melalui  31 Program INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC), 8 Online Onboarding Coaching Program  (E-Board) dan 2 Program Bimbingan Usahawan Atlet (Sportspreneur).  
 
“Secara keseluruhan, 28,929 usahawan dari seluruh negara dilatih melalui 762 program  latihan dan bimbingan keusahawanan bagi mecapai matlamat tahun lalu iaitu untuk memastikan usahawan dapat menyesuaikan diri dengan norma baharu.
 
“Pecahan 762 program itu terbahagi kepada 605 latihan, 47 bimbingan dan 110 program khas.
 
“Kesemua program anjuran  INSKEN pada tahun lalu masih lagi dijalankan secara atas talian dan sekaligus telah melepasi  sasaran awal iaitu 14,720 usahawan yang perlu dilatih melalui 336 program latihan serta  bimbingan,” katanya.
 
Selain itu katanya, bagi menggalakkan usahawan baharu untuk menyertai Program Usahawan Bisnes Dropship dan Ejen (DNA) terutama dalam kalangan graduan dan usahawan baharu.
 
“Program ini dapat memperkasakan ekosistem keusahawanan dengan melahirkan lebih ramai usahawan terutama dalam kalangan generasi muda dengan menjadi egen dan dropship kepada jenama produk yang kukuh di pasaran sedia ada.
 
“Ia juga dapat memberikan pendedahan awal kepada bakal usahawan tentang selom nelok perniagaan dan mengenali pasaran sebelum mereka memulakan perniagaan sendiri dan mengeluarkan produk,” katanya.
 
Tambahnya, ini bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai golongan masyarakat menceburi bidang keusahawanan.  
 
“Seiring dengan dasar yang diusahakan oleh KUSKOP itu, INSKEN memperhebatkan program  latihan dan bimbingan pada tahun lalu dan berjaya menghasilkan lonjakan hasil jualan usahawan  selepas tamat menjalani latihan serta bimbingan.
 
“INSKEN turut mengalu-alukan kolaborasi rentas kementerian dan agensi seperti yang  dilaksanakan pada tahun lalu dan antara kolaborasi cemerlang pada tahun lalu adalah di antara KUSKOP dan Kementerian Belia dan Sukan melalui Program Sportspreneur.
 
“Program ini bertujuan  untuk mempersiapkan atlet negara selepas bersara dengan menceburi bidang keusahawanan dan RM71 ribu hasil jualan tercatat melalui penglibatan 23 wira serta wirawati negara.,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat