Tempat Pelupusan Bunga Api, Mercun Di Sentul Terbakar, Tiga Cedera Ringan – Polis

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tiga cedera ringan dalam satu kebakaran yang mengakibatkan letupan kuat sehingga menggegarkan kawasan Sentul, petang tadi.

Kejadian kira-kira jam 6.30 itu berpunca dari stor simpanan bunga api yang dirampas oleh Ibu Pejabat Polis (IPD) Sentul di Jalan Perhentian, di sini hari ini.

Ia turut tular di media sosial apabila gambar kepulan asap berbentuk cendawan dimuat naik oleh warganet.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten KomisionerBeh Eng Lai mengesahkan kejadian dan berkata, tiga yang cedera hanya mengalami sedikit kecederaan.

“Prosedur operasi standard (SOP) pelupusan barang kes dilakukan mengikut Perintah Mahkamah iaitu melupus barang kes dengan cara gelek iaitu menggunakan jentolak dan siraman air dan kemudian ditanam,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur dalam satu kenyataan turut mengesahkan tiga orang mangsa lelaki dewasa cedera ringan dalam kejadian itu dan kesemuanya sudah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 6.22 petang dan seterusnya balai bomba dan penyelamat (BBP) Sentul menghantar jentera ke tempat kejadian. Mereka dibantu oleh BBP Hang Tuah, BBP Titiwangsa, BBP Jalan Tun Razak dan BBP Wangsa Maju.

“Ia membabitkan stor simpanan rampasan bahan bukti berkeluasan 100 X 50 kaki persegi dan terbakar 30 peratus struktur bangunan dan 80 peratus kawasan terbuka yang membabitkan 50 buah kenderaan,” katanya.

Katanya, seramai 60 anggota dan tiga jentera FRT, satu jentera FLRT, tiga trak air, satu jentera ALP dan dua EMRS dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Anggota bomba membuat pemadaman dengan mengunakan kaedah pemadaman secara ‘offensive firefigthing’ dengan memasuki premis dan ‘defensive firefighting’ pemadaman dari luar bangunan.

“Kebakaran dikawal oleh pasukan bomba pada jam 7.04 petang dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat