Imigresen Nafi Dakwaan Depoh Tahanan Di Beberapa Negeri Sesak

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia menafikan laporan sebuah akhbar bahawa beberapa depoh imigresen di beberapa negeri sesak dan kurang kakitangan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, jumlah kapasiti tahanan di semua 21 depoh Imigresen seluruh Malaysia termasuk tiga depoh Imigresen sementara adalah 21,150 orang.

Beliau berkata, sehingga 24 April lalu, jumlah tahanan di depoh-depoh tersebut adalah seramai 17,624 orang terdiri daripada 12,895 tahanan lelaki, 3,211 tahanan perempuan, 851 tahanan kanak-kanak lelaki dan 677 tahanan kanak-kanak perempuan.

“Laporan akhbar itu menyebut Depoh Imigresen Lenggeng sesak dan kurang kakitangan berdasarkan kenyataan Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Prof. Datuk Noor Aziah Mohd. Awal.

“Jumlah kapasiti tahanan di Depoh Imigresen Lenggeng Negeri Sembilan seramai 1,000 orang iaitu 800 lelaki dan 200 perempuan,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, imigresen telah mengkaji keperluan perjawatan bagi semua depoh pada tahun 2019 dengan mengambil kira keperluan sebenar pegawai.

Khairul berkata, keperluan perjawatan itu telah dipersetujui agensi pusat termasuk tambahan jawatan di empat pusat tahanan sementara (PTS) di Sabah selepas pengambilalihan daripada MKN.

Menurutnya, JIM sedang membuat pengisian kekosongan jawatan termasuk di depoh-depoh tahanan secara berterusan.

“Jabatan ini mengambil serius kenyataan daripada Pesuruhjaya Kanak-Kanak SUHAKAM itu kerana ia tidak berasaskan fakta.

“Malah, kenyataan itu juga tidak memberikan gambaran sebenar mengenai situasi semasa pengurusan depoh-depoh Imigresen di seluruh negara,” katanya.

Katanya, JIM sentiasa mematuhi ketetapan di dalam Peraturan Minimum Standard Bangsa-Bangsa Bersatu bagi tahanan ( The Nelson Mandela Rules), Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

Jelasnya lagi, ia turut mematuhi Peraturan-Peraturan Imigresen (Pentadbiran dan Pengurusan Depoh 2003), Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Mengenai Pengurusan & Pentadbiran Depoh Imigresen dan garis panduan ICRC untuk aspek kesihatan. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat