Istana Pahang Tarik Balik Darjah Kebesaran Daripada Nicky Liow

- Advertisement -

KUANTAN – Gelaran darjah kebesaran yang dikurniakan kepada dua ahli perniagaan terkenal negara ini yang juga merupakan adik-beradik ditarik balik oleh Istana Pahang, berkuat kuasa serta-merta.

Istana Pahang menganugerahkan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada Liow Soon Hee dikenali sebagai Datuk Seri Nicky manakala Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) kepada Liow Wei Loon.

Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak berkata, dimaklumkan bahawa Anugerah Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur kepada penama berikut ditarik balik dan telah dibatalkan berkuat kuasa 21 April lalu.

“Penama terbabit tidak dibenarkan lagi memakai sebarang gelaran yang dikurniakan serta-merta.

“Mereka perlu mengembalikan Darjah Kebesaran yang dikurniakan itu kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang selaras dengan Undang-Undang Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang-Bintang Negeri Pahang serta-merta,” katanya semalam.

Soon Hee disyaki terlibat dengan aktiviti jenayah terancang antarabangsa dan pengubahan wang haram masih dalam buruan polis.

Pada awal April lalu, seramai 14 ahli ‘Geng Nicky’ termasuk Wei Loon, adik kepada pengasas Winner Dynasty Group, Soon Hee, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya. – Utusan

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat