Terima Kekalahan Atau Hadapi ‘Serangan Dahsyat’- Trump Beri Amaran Keras Kepada Iran

TIMUR TENGAH – Ketegangan geopolitik di Timur Tengah terus memuncak apabila Amerika Syarikat memberi amaran keras kepada Iran supaya menerima kekalahan atau berdepan serangan yang lebih hebat.

Tehran bagaimanapun menolak sebarang rundingan dan berikrar untuk meneruskan pertempuran, sekali gus meningkatkan risiko konflik yang lebih luas di rantau tersebut.

Dalam perkembangan sama, serangan bersama antara Amerika Syarikat dan Israel ke atas sasaran di Iran dilaporkan berterusan, manakala Iran melancarkan peluru berpandu yang menyasarkan kawasan tengah dan utara Israel.

Situasi turut meruncing di Lubnan apabila tentera Israel meningkatkan serangan udara. Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berkata operasi diperluaskan bagi mewujudkan apa yang disifatkannya sebagai “zon penampan” di selatan negara itu.

Pada masa sama, beberapa negara Teluk termasuk Bahrain, Kuwait, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu dilaporkan berjaya memintas peluru berpandu dan dron yang dilancarkan dari Iran, mencerminkan kebimbangan keselamatan yang semakin meluas di rantau itu.

Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memberi amaran mengenai kesan besar terhadap ekonomi global sekiranya Selat Hormuz ditutup dalam tempoh yang panjang. Laluan strategik itu merupakan antara saluran utama penghantaran minyak dunia.

Penganalisis menjangkakan konflik berpanjangan boleh memberi kesan langsung kepada harga minyak global, sekali gus menjejaskan negara pengimport seperti Malaysia dari segi kos bahan api dan inflasi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat