KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Puad Zarkashi mendakwa 95 peratus anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC mahukan parti itu kekal dalam Barisan Nasional (BN).
Justeru kata Puad, kepimpinan utama MIC iaitu Presiden MIC Tan Sri S Vigneswaran perlu konsisten dan ikut keputusan majoriti demi kebangkitan MIC dan kesatuan BN. Jika tidak MIC akan berpecah dan tinggal sejarah.
“Menurut sumber dalaman yang amat dipercayai, 95 peratus anggota CWC MIC yang bermesyuarat semalam telah memutuskan MIC kekal dalam BN.
“Itu adalah keputusan yang tepat dan amat dialu alukan kerana ia selari dengan kehendak majoriti ahli MIC di akar umbi.
“Lagi pun MIC turut menyertai retreat BN yang diadakan bulan Febuari lepas. Itu petanda awal MIC akan kekal dalam BN.
“Apatah lagi jika MIC sertai PN yang berpecah. MIC tidak selamat,” dakwa Puad.
Menurut beliau lagi, lihat sahaja cara Pas membuli Bersatu seperti muslihat mereka kekalkan Datuk Seri Hamzah Zainudin yang tidak berparti sebagai Ketua Pembangkang.



