Shahelmey tak setia, jangan harap Umno Sabah dapat watikah calon – Bung Moktar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Umno Sabah mengingatkan Datuk Shahelmey Yahya supaya tidak memasang cita-cita mewakili Barisan Nasional (BN) di kerusi DUN Tanjung Keramat pada PRN.

Peringatan itu diberi Ketua Umno Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin bagi menjawab kenyataan Shahelmey berhubung pengumuman Ketua Umno Putatan Jeffrey Nor Mohamed sebagai calon BN di kawasan terbabit.

Pengumuman itu dibuat Bung Moktar pada Oktober tahun lalu.

Ahad lalu, Timbalan Ketua Menteri Sabah itu dilaporkan berkata perkara berkenaan hanya ‘diumumkan’ dan watikah sebagai calon dikeluarkan BN menjelang PRN.

“Umno Sabah dan Barisan Nasional Sabah tidak pernah terfikir untuk meletakkan dia sebagai calon.

“Tidak perlu dia tanam cita-cita tinggi,” kata Bung Moktar lapor FMT sambil menegaskan Umno enggan memilih individu dianggap tiada kesetiaan.

Beliau turut menyatakan Umno sedia berdepan Shahelmey yang membayangkan kemahuannya mempertahankan kerusi Tanjung Keramat, dimenanginya atas tiket BN pada PRN lima tahun lalu.

“Kalau dia bertanding parti lain, silakan. Umno bersedia berhadapan dengannya bila-bila masa,” katanya.

Pada Mac 2023, Bung Moktar mengumumkan keahlian Shahelmey digantung difahamkan kerana tindakannya tidak senada dengan pendirian Umno Sabah pada episod ‘Langkah Kinabalu’.

Shahelmey mengekalkan sokongannya kepada Hajiji Noor sebagai ketua menteri, selepas Bung mengumumkan BN Sabah menarik balik sokongan pada 7 Januari tahun sama.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat