Anak muda Melayu, Bumiputera digalak usahakan sektor pertanian- Mat Sabu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) terus berusaha untuk menarik minat lebih ramai anak muda, terutamanya dalam kalangan orang Melayu dan Bumiputera, untuk berkecimpung dalam sektor pertanian.

Menurut Menteri KPKM Datuk Seri Mohamad Sabu, usaha ini bertujuan melahirkan generasi pelapis yang mampu menjadi penggerak utama industri pertanian negara serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia.

“Kementerian yakin bahawa dengan penyertaan aktif golongan muda dan sokongan berterusan daripada kerajaan, sektor pertanian negara akan terus berkembang maju serta mampu memenuhi keperluan rakyat secara berterusan,” kata Mohamad.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya yanh dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kata beliau lagi, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan komited dalam memastikan sumber makanan negara sentiasa mencukupi untuk kegunaan rakyat, lebih-lebih lagi menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

“Langkah-langkah strategik sedang diambil bagi menjamin kestabilan bekalan makanan serta mengelakkan sebarang gangguan terhadap rantaian bekalan,” ujarnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat