HONOR sekali lagi mencetuskan fenomena dalam pasaran tablet dengan pelancaran HONOR Pad X9a, sebuah peranti yang bukan sahaja menawarkan paparan terbaik dalam kelasnya, malah hadir dengan pakej aksesori premium secara percuma! Dengan harga hanya RM999, tablet ini memberikan nilai luar biasa dengan spesifikasi hebat serta bonus tambahan seperti papan kekunci pintar Bluetooth, stylus dan langganan iQIYI selama 3 bulan bernilai RM598.
Bagi peminat hiburan, HONOR Pad X9a menjanjikan pengalaman tontonan yang tiada tandingan menerusi skrin 11.5 inci 2.5K HONOR FullView Display. Skrin ini bukan sahaja memberikan resolusi tajam, malah turut menyokong kadar segar semula 120Hz, menjadikan pergerakan lebih lancar serta kawalan sentuhan lebih responsif. Kecerahan puncak 400-nit memastikan skrin kekal jelas walaupun di bawah cahaya matahari terik.
Selain itu, aspek keselesaan mata juga diberi penekanan dengan pensijilan TÜV Rheinland Flicker-Free & Low Blue Light, serta teknologi Dynamic Dimming untuk mengurangkan ketegangan mata. Fungsi Circadian Night Display pula membantu meningkatkan kualiti tidur dengan menyesuaikan cahaya skrin mengikut waktu.
HONOR Pad X9a dilengkapi bateri 8,300mAh, membolehkan pengguna menikmati tontonan tanpa henti sehingga 11.7 jam dengan hanya sekali cas – cukup untuk maraton hampir 12 episod drama! Selain itu, teknologi 35W HONOR SuperCharge membolehkan tablet dicas penuh dalam masa hanya 105 minit, memastikan anda sentiasa bersedia untuk bekerja atau berhibur tanpa perlu menunggu lama.
Tidak hanya untuk hiburan, HONOR Pad X9a juga adalah alat produktiviti yang hebat. Papan kekunci pintar Bluetooth memberikan pengalaman menaip seperti komputer riba, manakala stylus membolehkan pengguna mencatat nota atau melukis dengan mudah. Ciri-ciri AI seperti AI Handwriting Beautification, Voice-to-Text Conversion, dan Handwritten Formula Conversion pula menjadikan kerja dan pembelajaran lebih efisien.
Selain itu, pengguna boleh menikmati Multi-Screen Collaboration untuk penyambungan lancar antara tablet dan peranti HONOR lain, serta Connected Notifications & Connected Apps untuk kesinambungan kerja di antara telefon pintar, tablet dan komputer riba.
HONOR Pad X9a juga sesuai untuk seisi keluarga, terutamanya kanak-kanak. Google Kids Space yang tersedia di dalam tablet ini membolehkan kanak-kanak meneroka dan belajar dalam persekitaran digital yang selamat. Ibu bapa juga boleh mengawal kandungan dan menetapkan had masa skrin melalui Family Link App.
Dengan berat hanya 475g dan ketebalan 6.77mm, HONOR Pad X9a sangat mudah dibawa ke mana sahaja. Rangka logamnya bukan sahaja memberikan reka bentuk yang elegan, tetapi juga ketahanan luar biasa, hasil daripada ujian ketat oleh makmal HONOR termasuk ujian jatuh, tekanan skrin, suhu tinggi dan kelembapan.
Selain versi WiFi, HONOR akan memperkenalkan versi LTE yang bakal diumumkan pada 10 April 2025. Pada hari pelancaran, HONOR juga akan memperkenalkan beberapa produk lain seperti HONOR Pad V9, MagicBook X14 2025, HONOR Watch 5 dengan tali warna baharu dan HONOR Earbuds Open.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi HONOR di www.honor.com/my/ atau ikuti Facebook rasmi HONOR Malaysia!