Beli kapal terbang bukan macam beli lembu – Nazri Aziz 

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Keputusan Malaysia Airlines (MAS) membeli 30 buah pesawat Boeing sudah dirancang lama, bukannya langkah terdesak supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat bercakap dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

Bekas Duta Besar Malaysia ke AS Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyifatkan perkara itu yang dibangkitkan oleh Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai adalah sesuatu yang tidak cerdik.

“Saya baru balik dari AS dan menjadi duta dua tahun di sana. Saya hendak beritahu hasrat membeli pesawat Boeing ini sejak dua tahun lalu.

“Beli pesawat bukan semudah beli lembu. Ia memerlukan rundingan dan memakan masa. Sekarang baru muktamad,” katanya ketika berucap dalam Majlis Iftar Perdana dan serahan sumbangan Kasih Madani Aidilfitri peringkat Parlimen Padang Rengas di Padang Rengas semalam yang turut dihadiri oleh Setiausaha Politik Menteri Kewangan Kamil Abdul Munim.

Dominic kelmarin mempersoalkan adakah keputusan MAS membeli pesawat keluaran AS itu merupakan strategi pemodenan jangka panjang atau langkah bagi memudahkan Anwar berhubung dengan Trump, lapor Utusan di Perak.

Mengulas lanjut, Nazri berkata semasa menjadi duta,  beliau tidak membiarkan Perdana Menteri selaku individu yang memperjuangkan nasib rakyat Palestin untuk tunduk semata-mata mahu mendekati Trump yang menyebelahi Israel.

Sementara itu, Kamil juga menolak dakwaan tersebut dan berkata pembelian pesawat Boeing bukan kali pertama dilakukan oleh MAS.

“Prosesnya lama (pembelian). Perlu diselaraskan terma, harga dan baru dipersetujui. Tidak timbul isu untuk menggembirakan Trump.

“Ini satu percubaan murahan oleh pimpinan pembangkang,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat