Luqman Hafidz fokus anak, keluarga sepanjang Ramadan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pelakon Luqman Hafidz mengaku suasana menyambut Ramadan kali ini berbeza selepas berpisah dengan bekas isteri, Nurul Atiqah Mad Apandi, pada Jun, tahun lalu.

Namun, Luqman atau nama sebenar, Muhd Luqman Hafidz Mohd Fauzi, 31, meneruskan rutin harian beribadat sepanjang Ramadan seperti yang lazim dilakukan.

Apatah lagi, Luqman mahu memberi tumpuan kepada anak perempuannya, Eve Laura yang berusia setahun, selain menghabiskan masa bersama keluarga tercinta.

“Mungkin rasanya akan berbeza daripada beberapa tahun sebelum ini. Namun, saya tidak pasti bagaimana kerana masih baru melaluinya (menyambut Ramadan). Apa yang saya boleh katakan, aktiviti masih sama.

“Saya banyak menghabiskan masa dengan anak. Apa-apa pun, saya fokus kepada anak dahulu. In termasuk membeli baju raya dan kelengkapan lain yang diperlukan.

Luqman mahu memberi tumpuan kepada anak perempuannya, Eve selain menghabiskan masa bersama keluarga tercinta sepanjang Ramadan. Foto IG Luqman Hafidz
Luqman mahu memberi tumpuan kepada anak perempuannya, Eve selain menghabiskan masa bersama keluarga tercinta sepanjang Ramadan. Foto IG Luqman Hafidz

 

“Ramadan tahun ini saya mahu habiskan masa dengan keluarga. Saya tanamkan niat untuk lebih dekatkan diri dengan keluarga,” katanya kepada BH Online.

Luqman yang mencipta populariti melalui filem Ola Bola bersyukur masih diberi peluang meneruskan karier lakonan biarpun berdepan kemelut rumah tangga.

“Sekarang fokus saya mencari rezeki. Alhamdulillah, walaupun ada kejadian seperti perpisahan ini, tapi saya masih diberikan ruang untuk meneruskan karier dalam industri seni.

“Jadi, saya berniat untuk memberi yang sehabis baik dalam karier seni ini,” katanya pada sidang media Kempen Ramadan Raya 2023 anjuran Media Prima Berhad (MPB) di Studio 3, Glenmarie, Shah Alam bagi mempromosikan filem Seindah Kasih The Movie, baru-baru ini.

Ditanya perancangan menyambut Aidilfitri, Luqman berkata, dia dan bekas isteri akan bergilir-gilir meraikannya bersama anak.

“Saya dan dia (bekas isteri) masih boleh berbincang mengenai perkara ini. Kami berpisah dengan cara baik.

“Saya harap hubungan baik ini berterusan kerana komitmen terhadap anak perlu diberi keutamaan. Kemungkinan kami akan saling berhubung mengenai anak ini sampai bila-bila.

“Jadi, Aidilfitri ini, belum ada perancangan lagi. Namun, saya akan ikut apa yang ibu mahu,” katanya.

Pada 30 Disember tahun lalu, Luqman memuat naik hantaran di Instagram (IG) mengesahkan dirinya sudah bercerai dengan Nurul Atiqah. Mereka mendirikan rumah tangga pada 20 Mac 2020.

Sementara itu, filem Seindah Kasih The Movie lakonan Luqman bersama Mimi Lana, Syafiq Kyle, Siti Saleha dan Anas Ridzuan, boleh disaksikan menerusi platform penstriman Tonton mulai 12 April depan.

Filem Seindah Kasih The Movie mengisahkan gelagat enam warga kerja dan peminat industri hiburan tempatan. Kesibukan kerja di industri hiburan menjadikan tugasan harian mereka lebih mencabar pada Ramadan dan Syawal.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat