Tindakan Radhi bantu pengguna jalan raya curi perhatian

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Tindakan spontan Radhi OAG membantu menolak kereta seorang pemandu yang rosak di jalan raya mendapat pujian ramai warganet.

Menerusi video yang dikongsi di media sosial, kereta seorang pemandu wanita dipercayai terhenti secara tiba-tiba di lampu isyarat akibat masalah bateri.

Rakaman kamera perakam video kemudian menunjukkan seorang lelaki berbaju hitam iaitu Radhi dilihat berlari dari jauh mendekati kereta ini dan menawarkan diri kepada wanita terbabit untuk menolak keretanya ke tepi.

Tidak lama kemudian seorang kanak-kanak lelaki iaitu anaknya Muhamad yang berpakaian sekolah berlari-lari dari arah sama mendekati Radhi.

Dia kemudian mendukung Muhamad dan memintanya beredar ke tepi dan selepas itu bersendirian menolak kereta ini dalam keadaan cuaca panas terik dan jalan yang sesak.

Radhi juga kedengaran menolak pemberian wang saguhati diberikan oleh wanita terbabit.

Bagaimanapun wanita terbabit meminta dia menerimanya untuk belanja Muhamad.

Video berdurasi 1.41 saat ini menerima lebih 1,000 tanda suka dan komen warganet. Kebanyakan memuji tindakan Radhi dan mendoakan agar diberikan pahala buatnya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat