UMNO Harus Jadi Induk Bela Semua Bangsa, Bukan Kerajaan Untuk Satu Kaum Sahaja

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menegakkan ketuanan Melayu bukanlah tunjang utama perjuangan UMNO, sebaliknya lebih kepada menjadikan bangsa itu induk kerajaan yang membela pelbagai kaum,” kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Jelas beliau, UMNO tidak boleh berbuat demikian kerana ia akan mengecilkan retorik kerajaan Melayu-Islam, kerana Umno tidak boleh ketepikan kaum atau penganut agama lain dalam agendanya.

“Di negara ini kita berbilang kaum. Kita perlu ada keterangkuman. Itu penting kerana kita mesti merangkumi semua orang. Tak boleh kata akan tubuh kerajaan Islam-Melayu sahaja. Tetapi kerajaan yang mewakili semua rakyat.

“Tetapi dengan syarat orang Melayu mesti menjadi induknya. Keindukan itu penting kerana majoriti rakyat merupakan orang Melayu dan Islam,” katanya dalam temubual eksklusif FMT.

Mohamad berkata keindukan yang dimaksudkan beliau bukan berbentuk ketuanan bangsa.

“(Ia) bukan konsep ketuanan, tetapi konsep keindukan. (Contohnya) seorang ibu akan menyayangi anak. Sebagai induk dia sayang semua anak,” katanya.

“Begitu juga kerajaan, kita tidak boleh kata kita kerajaan untuk cuma satu kaum sahaja. Kerajaan adalah kerajaan semua orang yang dipilih oleh rakyat. Kita lindungi kepentingan semua dan menjaga kesejahteraan semua.”

Dalam pada itu, Mohamad menekankan keperluan membentuk kerajaan yang kuat dan stabil, memandangkan negara terus lembap sejak tiga tahun lalu.

Katanya, negara “tidak ke mana pun” dalam 22 bulan Pakatan Harapan memerintah dan dalam setahun pentadbiran Perikatan Nasional (PN).

“Dari segi KDNK, kita dah jatuh belakang Vietnam. Saya takut nanti kita jatuh belakang Kemboja,” katanya.

Mohamad menolak dakwaan pelaburan ke Malaysia merosot kerana negara kini lebih selektif.

“Janganlah menganggap semua orang tak cerdik,” katanya, dan menambah Indonesia meraih pelaburan yang amat banyak meskipun situasi Covid-19 di sana lebih teruk.

“Kenapa?” katanya.

Mohamad juga berkata dalam masa yang singkat kedudukan Malaysia dalam Laporan Kegembiraan Dunia merosot dari tangga 35 pada 2018 ke 81 pada 2021.

Laporan tajaan PBB itu mengukur kepuasan hati rakyat dengan kehidupan mereka berdasarkan penunjuk ekonomi, politik, dan sosial.

“Kita nak ‘jump start’, kita tiada masa nak ‘organic growth’ dah. Kita mesti kejar.”

Mengulas keperluan sebuah kerajaan yang kuat dan stabil, Mohamad berkata ini hanya boleh dilakukan sekiranya kerajaan menjaga kepentingan, kebajikan, dan kesejahteraan semua rakyat.

Beliau berkata kerajaan yang kuat dan stabil akan memastikan keamanan dan ini akan menarik pelabur.

“Siapa yang nak datang berniaga, melabur di negara yang tidak stabil? Janganlah berselindung di sebalik Covid-19 saja,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat