BN Tak Perlu Manifesto Tabur Janji Pilihan Raya

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan percaya parti itu tidak memerlukan manisfesto untuk tujuan menabur janji pada pilihan raya akan datang.

“Dalam PRU15 ini, yang penting adalah apa BN nak tawarkan kepada pengundi. Apa yang negara kita perlukan sekarang ialah sebuah negara yang kuat dan stabil. Yang boleh kita tawarkan ialah rekod prestasi kita,” katanya, dan menambah BN membuktikan ia dapat memberikannya dalam 62 tahun ia memerintah.

Beliau akui ada isu-isu namun ia boleh diperbaiki menerusi “pembaikan politik”, tema yang akan beliau sentuh pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) pada Sabtu ini.

Mohamad juga berkata BN perlu berevolusi dan tidak boleh jumud, mengatakan ia mesti bertanding tanpa perlu membentuk gabungan sebelum pilihan raya.

“Tapi BN mesti memenangi sejumlah kerusi yang banyak supaya kita boleh memilih rakan untuk mentadbir negara,” jelasnya memetik FMT.

Ditanya bagaimana parti itu akan meraih sokongan orang Melayu ketika ia bekerjasama dengan PAS, Mohamad berkata dua parti itu hanya bekerjasama dan tidak bergabung menjadi satu entiti.

Katanya, sekiranya BN menang kerusi paling banyak pada pilihan raya, ia akan menjadi parti paling dominan dalam kerajaan.

Beliau menambah BN mempunyai rekod prestasi dan dasar membuat keputusan secara konsensus.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat