Tindakan Guru Praktikal Campak Murid Tadika Dikecam

- Advertisement -

SHAH ALAM – Tindakan tidak berperikemanusian seorang guru praktikal mencampak seorang kanak-kanak di sebuah tadika di Klang di sini tular hari ini.

Menerusi video berdurasi 10 saat itu jelas memaparkan kanak-kanak berseragam tadika itu terlebih dahulu ditolak sebelum dilempar dan dimarahi guru wanita itu.

Insiden dipercayai berlaku semalam itu diperhatikan murid-murid taska tersebut yang seakan terkejut dengan perbuatan itu.

Netizen jelas kecewa dan mengecam tindakan tersebut yang disifatkan keterlaluan.

“Biadap sangat ni, didikannya itu mempunyai masalah. Sepatutnya memberikan contoh depan anak-anak kecil.

“Baling manusia macam itu bukan tindakan yang betul. Berhenti jadi tenaga pengajar. Tidak layak,” jelas pengguna Facebook dikenali Nuraini Mohd. Ghani.

Dalam pada itu, difahamkan guru itu telah diberhentikan serta-merta dengan kejadian itu merupakan kali pertama berlaku sejak 30 tahun tadika itu beroperasi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib ketika dihubungi mengesahkan pihaknya telah menerima laporan polis daripada ibu mangsa.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya. – Kosmo
https://fb.watch/4tAnWy245W/

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat