PKPD Di Taman Guru Di Kuantan, Dua Kampung Di Sarawak Bermula Esok

KUALA LUMPUR – Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Guru, Jalan Gambang, Kuantan, Pahang serta Kampung Batu Gong dan Kampung Chupak, Daerah Kecil Siburan, Sarawak bermula esok hingga 9 April ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelaksanaan itu adalah untuk memudahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan saringan secara bersasar serta mengawal pergerakan dan penularan jangkitan dalam komuniti.

“KKM mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak di lokaliti ini dengan kadar kebolehjangkitan dalam komuniti adalah tinggi,” katanya dalam satu kenyataan mengenai pelaksanaan PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan hari ini.

Menurutnya sehingga kini, sebanyak 63 kes positif COVID-19 telah direkodkan di Taman Guru daripada 178 saringan yang dilaksanakan oleh KKM.

Sementara itu, 50 kes positif telah dilaporkan di Kampung Batu Gong manakala 57 kes positif telah direkodkan di Kampung Chupak selain 240 baki sampel saringan sedang menunggu keputusan.

Mengulas kes ingkar prosedur operasi standard, seramai 54 individu telah ditahan dan daripada jumlah itu 53 orang dikompaun manakala bakinya direman.

Antara kesalahan direkodkan ialah gagal menyediakan peralatan atau rekod butiran diri (25 kes), tidak memakai pelitup muka (17), rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran (enam), tiada penjarakan fizikal (lima) dan lain-lain kesalahan (satu).

Ismail Sabri berkata dalam Op Benteng semalam lima orang pendatang tanpa izin telah ditahan serta dua kenderaan darat serta dua bot atau kapal telah dirampas.

“Seramai sembilan orang pendatang tanpa izin turut diusir melalui tiga aktiviti pengusiran,” katanya.

Sementara itu 21 orang didapati positif dalam ujian saringan membabitkan 2,990 pekerja warga asing.

Secara kumulatifnya, seramai 654,071 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan COVID-19 melibatkan 33,948 majikan. – Bernama

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Apa Nasib Kami Ramadan Ini, Tiba-Tiba Diarah Pindah – Peniaga

REMBAU - "Saya dan rakan lain berniaga di sini sejak 32 tahun lalu, tiba-tiba kami diarah berpindah. Sukar untuk kami meneruskan hidup," kata peniaga...

Saya Tak Tahu Suami dan Anak Zeti Terima Wang 1MDB – Mahathir

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak mengetahui berhubung dakwaan bahawa suami dan dua anak bekas gabenor Bank Negara,...

Berita Berkaitan

Tempoh Pegangan Pajakan SMK Convent Bukit Nanas Dilanjutkan 60 Tahun – PMO

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju supaya tempoh pegangan pajakan tapak Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Bukit Nanas di sini, yang akan tamat pada...

Darurat Bolehkan Kerajaan Urus Covid-19 Dengan Baik – Hamzah

PUTRAJAYA - Perisytiharan darurat telah membolehkan pengurusan COVID-19 di Malaysia dijalankan dengan baik antaranya menerusi pindaan beberapa akta khusus bagi membendung penularannya, katanya Menteri...

Jangkitan Baru Covid-19 Di Kelantan Atasi Selangor, Sarawak

PUTRAJAYA - Malaysia terus merekodkan peningkatan kes positif baharu Covid-19 melebih 2,000 iaitu 2,875 kes mengatasi kes sembuh iaitu 2,541 kes. Sebanyak 13 kluster...