Tayangan siri Joseon Exorcist dihentikan

- Advertisement -

Seoul: Susulan kontroversi memutar belit sejarah, stesen TV SBS hari ini mengumumkan pembatalan tayangan siri Joseon Exorcist yang baru dua episod ditayangkan.

Walaupun terpaksa berdepan kerugian akibat keputusan itu, SBS nekad untuk membatalkan terus siri terbabit kerana enggan memanjangkan kontroversi berkenaan.

“Berikutan ketegangan yang berlaku sekarang, kami memutuskan untuk hentikan terus hak penyiaran kami terhadap Joseon Exorcist. Buat masa ini, SBS sudah melunaskan bayaran untuk hak penyiarannya, manakala syarikat produksi sudah menyiapkan 80 peratus penggambaran.

“Walaupun bimbang dengan kerugian ditanggung disebabkan keputusan ini, kami memikul tanggungjawab berat sebagai rangkaian penyiaran dalam hal ini,” demikian kenyataan stesen TV itu.

Sejurus mula ditayangkan pada 22 Mac lalu, siri terbabit menerima kritikan hebat gara-gara menggunakan prop serta makanan masyarakat China. Ia dilihat menyimpang jauh serta memutar-belit sejarah Korea.

Walaupun pada mulanya SBS tampil dengan kenyataan maaf berhubung isu itu, namun kecaman semakin rancak apabila episod keduanya masih memaparkan elemen dari China.

Penaja siri terbabit turut menarik diri dari terus menaja tayangan siri itu.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat