Bintang sitkom Arrested Development meninggal dunia

- Advertisement -

New York: Bintang sitkom Arrested Development, Jessica Walter, 80, meninggal dunia dalam tidur, semalam.

Berita sedih itu disahkan anak perempuannya, Brooke Bowman yang menyifatkan pemergian ibunya satu kehilangan besar dalam industri perfileman.

“Dengan hati yang sangat berat, saya ingin mengesahkan ibu tersayang saya, Jessica sudah meninggal dunia. Dia seorang pelakon yang sangat bekerja keras dalam tempoh enam dekad pembabitannya.

“Kepuasannya adalah apabila dapat memberikan senyuman kepada orang lain menerusi lakonannya. Legasinya menerusi kerja pasti akan diingati dan dikenang ramai,” katanya.

Walter yang juga pemenang Anugerah Emmy menerusi siri Amy Prentiss pada 1970-an turut dikenali menerusi filem Play Misty For Me, The Flamingo Kid, Trapper John M.D dan Streets of San Francisco. Dia turut meminjamkan suara untuk watak Malory Archer dalam siri animasi Archer.

Wataknya sebagai Lucille Bluth dalam sitkom Arrested Development yang ditayangkan dari tahun 2003 hingga 2019 tentunya paling diingati.

Selain itu, Walter turut memegang jawatan sebagai Naib Presiden dalam organisasi Screen Actors Guild (SAG).

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat