SPRM Tahan Setiausaha Koperasi dan Pengurus Syarikat Berkaitan Felda

JOHOR BAHRU- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Segamat telah menahan seorang pengurus syarikat Felda Technoplant Sdn Bhd dan setiausaha Koperasi Peneroka Felda Tenang Berhad kerana disyaki menerima rasuah dan salah guna kuasa.

Difahamkan, hasil siasatan yang dijalankan mendapati pengurus syarikat yang juga seorang lelaki berusia 39 tahun itu dipercayai telah menerima wang rasuah lebih RM140,000 daripada sebuah syarikat kontraktor.

Ia sebagai balasan untuk mendapatkan kerja-kerja selenggara di ladang kelapa sawit di bawah kendalian Felda Technoplant Sdn Bhd, Tenggaroh 6 di Mersing.

Menurut sumber, suspek telah ditahan di Pejabat SPRM Johor pada Jumaat, kira-kira jam 3 petang Jumaat.

“SPRM cawangan Segamat juga telah menahan seorang setiausaha Koperasi Peneroka Felda Tenang Berhad semalam (Khamis) di Pejabat SPRM negeri Johor.

“Suspek lelaki berusia 50 tahun itu ditahan kerana disyaki telah menggunakan jawatan dan kedudukannya bagi mendapatkan kerja mengangkut hasil sawit di Felda Tenang, Segamat bernilai RM300,000,” katanya.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 16 (a) (A) dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009, yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang lebih tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut. – Sinar

Topik Hangat

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Pergi Jahanam Dengan Arahan Ahmad Maslan – Nazri Aziz

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memaklumkan beliau dilarang membuat kenyataan tentang UMNO. Bercakap kepada sebuah portal, Nazri berkata larangan...

Berita Berkaitan

Majikan Didakwa Ugut Bunuh, Pukul Pengawal Peribadi Kerana Berpuasa – Polis

KUALA LUMPUR - Seorang majikan ditahan selepas dua pengawal peribadinya mendakwa dirotan kerana berpuasa, tidak sampai 24 jam selepas gambar dan salinan laporan polis...

KKM Kesan 17 Kes Jangkitan Covid-19 Varian Afrika Di Malaysia – Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan mengesan 17 kes positif Covid-19 jangkitan tempatan yang dikenal pasti dijangkiti dengan varian South African B.1.351 di Malaysia. Ketua Pengarah...

PAS Tak Layak Bercakap Soal Integriti – PUTRA

KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) bersetuju dengan pandangan Datuk Zaid Ibrahim, bahawa Presiden Pas tidak layak bercakap soal integriti dan sokongan...