Kelewatan Pendaftaran Automatik, Undi18 Mengecewakan – Mas Ermieyati

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kelewatan pendaftaran pemilih automatik dan Undi18 yang hanya boleh dilaksanakan selepas 1 September 2022 mengecewakan banyak pihak, kata Naib Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Jelasnya, walaupun hakikatnya perkara ini telah melalui proses yang panjang di Parlimen, ia turut mengambil kira parti politik serta semua aspek yang melibatkan anak muda dan pemegang taruh yang berkaitan.

“Sebagai Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat, saya kira kita perlu berani berhadapan dengan semua peringkat umur untuk mendapatkan legitimasi pemerintahan melalui proses demokrasi.

“Laluan kepada pemimpin muda perlu dibuka seluas-luasnya, penyertaan anak muda seawal 18 tahun dalam proses demokrasi khususnya pilihan raya adalah satu medan terbaik untuk mereka menentukan masa depan negara.

“Sokongan anak muda juga semakin menonjol terhadap pemerintahan Perikatan Nasional (PN) hasil daripada usaha dan keprihatinan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin terutama sekali dalam menangani permasalahan dan cabaran pandemik COVID-19.

“Sekiranya mereka diberi peluang, saya yakin dan percaya anak muda ini, mereka boleh memilih secara rasional dan inilah masanya untuk mereka menyuarakan dan juga memperjuangkan isu yang membelenggu kumpulan ini supaya isu mereka ini tidak lagi dipandang enteng.

“Inilah masanya untuk mereka terus buka mata dan peduli tentang isu-isu yang berlaku di sekitar mereka supaya mereka lebih matang,” katanya semasa sidang video pada Jumaaat – Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat