Pijak Al-Quran Tindakan Salah, Perlu Dihukum Tegas — Rayer

CYBERJAYA – Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer, mengecam keras tindakan seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang didakwa memuat naik gambar dirinya memijak kitab suci Al-Quran di media sosial.

Beliau menegaskan bahawa semua rakyat Malaysia perlu menghormati setiap agama dan kepercayaan yang wujud di negara ini tanpa mengira latar belakang.

Menurutnya, adalah salah bagi mana-mana individu untuk mempersenda, memperlekeh atau merendahkan mana-mana agama, khususnya agama orang lain.

Katanya, perbuatan memijak mana-mana kitab agama — lebih-lebih lagi kitab suci agama lain — adalah tindakan yang jelas salah, tidak boleh diterima dan perlu dikenakan tindakan tegas menurut undang-undang.

Rayer turut menyatakan kecaman paling keras terhadap insiden berkenaan serta memuji tindakan bapa pelajar tersebut yang menyerahkan anaknya kepada pihak berkuasa.

Beliau berkata tindakan itu wajar dipuji dan kini biarlah undang-undang menentukan proses seterusnya.

Dalam masa sama, beliau mengingatkan orang ramai supaya sentiasa menjunjung kedaulatan undang-undang serta tidak mengambil tindakan sendiri terhadap mana-mana pihak.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat