KWSP dijangka umum dividen antara 6 hingga 6.2 peratus bagi 2025

KUALA LUMPUR- Kira-kira 15 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh menjangkakan dividen yang agak baik bagi 2025 apabila ia membuat pengumuman pada Sabtu ini.

FMT melaporkan, menurut sumber, dividen antara 6 hingga 6.2 peratus dijangka diumumkan bagi akaun konvensional dan syariah KWSP.

Tahun lalu, KWSP mengisytiharkan dividen 6.3 peratus bagi akaun konvensional dan syariah, kali pertama kedua-dua simpanan menerima kadar yang sama.

Pada tahun-tahun sebelumnya, kadar bagi akaun syariah adalah lebih rendah.

Difahamkan KWSP baru-baru ini bermesyuarat untuk memuktamadkan kadar tersebut, yang akan diumumkan dalam satu sidang media pada Sabtu.

Laporan media sebelum ini memetik penganalisis kewangan yang mengunjurkan kadar antara 6.3 hingga 6.7 peratus, berdasarkan prestasi KWSP dalam portfolio pelaburan tempatan dan luar negara.

Seorang sumber berkata, walaupun kadar itu sedikit lebih rendah daripada unjuran sesetengah pihak, ia masih jauh lebih baik berbanding kadar faedah yang ditawarkan institusi kewangan bagi simpanan tetap.

“Ramai rakyat Malaysia mengeluarkan dana dari bank untuk menambah simpanan KWSP mereka. KWSP membenarkan maksimum RM100,000 ditambah ke dalam akaun setiap tahun. Dengan bank hanya menawarkan kira-kira separuh daripada kadar itu, ramai mengambil peluang untuk menyimpan di KWSP,” katanya.

Dividen KWSP bagi tahun lalu dijangka antara yang tertinggi dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.

Kadar bagi simpanan konvensional dan syariah masing-masing adalah 5.2 peratus dan 4.9 peratus pada 2020, 6.1 peratus dan 5.65 peratus pada 2021, 5.35 peratus dan 4.75 peratus pada 2022, 5.5 peratus dan 5.4 peratus pada 2023, serta 6.3 peratus bagi kedua-dua akaun pada tahun lalu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat