Cameron Highlands dah kurang sejuk

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Rekod data meteorologi dari tahun 1969 hingga 2024 menunjukkan trend peningkatan suhu di pusat peranginan Cameron Highlands, Pahang terutamanya dalam tempoh 10 tahun terakhir.

Timbalan Menteri Sumber Asli Dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii berkata, tahun 2024 mencatatkan sejarah sebagai tahun terpanas di Cameron Highlands dengan purata suhu harian mencecah 18.91 darjah Celsius.

“Angka ini menunjukkan peningkatan sebanyak 0.86 darjah Celsius berbanding purata suhu harian jangka panjang (1991–2020), iaitu 18.05 darjah Celsius.

“Suhu tertinggi yang pernah direkodkan di Cameron Highlands ialah 27.9 darjah Celsius pada Mei 1998, manakala suhu terendah pula adalah 10.0 darjah Celsius pada Februari 1989.

“Seterusnya berhubung jumlah kejadian tanah runtuh, terdapat 689 kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands telah direkodkan dari tahun 1961 sehingga kini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Tan Kar Hing (Gopeng) yang meminta statistik perubahan iklim di kawasan Cameron Highlands di Parlimen pada Rabu.

Tambah beliau, Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia (JMG) telah dipertanggungjawabkan melaksanakan projek penghasilan peta bahaya dan risiko cerun (PBRC) di mana menerusi projek ini, sebanyak 45 cerun kritikal berisiko tinggi telah dikenal pasti di kawasan Cameron Highlands.

Dalam masa sama, JMG sedang melaksanakan pemantauan secara tahunan 19 cerun kritikal bermula 2021 sehingga kini.

Selain itu, sebanyak lima lokasi di Cameron Highlands telah dipasang peralatan sistem amaran awal (early warning system) dan kesemua maklumat bencana geologi tanah runtuh dan cerun kritikal ini dikongsikan bersama agensi dan jabatan berkepentingan terlibat.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat