PM Palestin letak jawatan

- Advertisement -

RAMALLAH – Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh mengumumkan peletakkan jawatan.

Tindakan beliau itu bagi membolehkan pembentukan konsensus luas di kalangan rakyat Palestin mengenai pengaturan politik berikutan perang Israel terhadap kumpulan Islam Hamas di Gaza.

Tindakan itu dibuat di tengah-tengah tekanan Amerika Syraikat (AS) yang semakin meningkat terhadap Presiden Mahmoud Abbas untuk menggoncang Pihak Berkuasa Palestin ketika usaha antarabangsa semakin giat untuk menghentikan pertempuran di Gaza dan memulakan kerja pada struktur politik untuk mentadbir wilayah itu selepas perang.

Peletakan jawatannya mesti diterima oleh Abbas, yang mungkin memintanya untuk kekal sebagai penjaga sehingga pengganti tetap dilantik.

Dalam satu kenyataan kepada Kabinet, Shtayyeh, seorang ahli ekonomi akademik yang memegang jawatan pada 2019, berkata peringkat seterusnya perlu mengambil kira realiti yang muncul di Gaza, yang telah dihancurkan oleh hampir lima bulan pertempuran sengit.

Beliau berkata peringkat seterusnya akan “memerlukan pengaturan kerajaan dan politik baharu yang mengambil kira realiti yang muncul di Semenanjung Gaza, rundingan perpaduan nasional, dan keperluan mendesak untuk konsensus antara Palestin”.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat