Kalau kondisi SNBJ tak elok, lawan Oman main padang lain – Hamidin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Sekiranya Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dalam kondisi tidak elok pada 1 Mac ini Harimau Malaya mungkin main di padang stadium lain menentang Oman.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Hamidin Mohd Amin berkata demikian berkenaan persiapan skuad kebangsaan menghadapi saingan kelayakan Piala Dunia/Piala Asia berdepan Oman.

“Kalau padang SNBJ tak ok pada 1 Mac, kita main padang lain lawan Oman,” kata Hamidin.

Hamidin mengulas mengenai keadaan semasa permukaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil ketika ini.

“SNBJ sekali lagi menjadi venue konsert berskala mega Sabtu lalu sekali gus ia telah melewati satu fasa yang membimbangkan mengenai persiapan Malaysia menghadapi saingan kelayakan Piala Dunia/Piala Asia berdepan Oman.

Lapor Stadium Astro,Hamidin berkata, masalah permukaan padang ini ternyata memberikan perspektif yang kurang senang apabila aksi final Piala Malaysia yang diadakan di venue tersebut menunjukkan keadaan yang kurang baik padang tersebut ekoran penganjuran konsert kugiran Coldplay.

Stadium Gong Badak serta Stadium Sultan Ibrahim dalam cadangan sebagai venue alternatif.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat