KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) mengambil tanggungjawab menegur kerajaan dalam isu yang merugikan rakyat dan negara.
Pada masa sama terus menyokong jika ia bermanfaat kepada rakyat, ikrar PAS.
Menurut Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man isu kebajikan rakyat dan kedaulatan negara serta kesucian agama Islam serta keharmonian hidup rakyat akan terus diperjuangkan oleh PN.
“Insya-Allah kami daripada PN mengambil tanggungjawab menegur kerajaan dalam isu yang merugikan rakyat dan negara.
“Ini mengambil semangat daripada Titah Sulung Diraja Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sebentar tadi,” kata Tuan Ibrahim di Facebooknya pada Isnin.
Ujar beliau, kedaulatan negara dan kesejahteraan rakyat akan sentiasa dipelihara akan disemat dalam menjalankan amanah sebagai wakil-wakil rakyat daripada PN.
“Istiadat Pembukaan Penggal Majlis Parlimen Malaysia yang berlangsung hari ini merupakan istiadat rasmi yang menandakan permulaan penggal Parlimen.
“Ucapan yang dikenali sebagai Titah Ucapan Diraja ini dinanti- nantikan oleh setiap Ahli Parlimen sebagai panduan untuk berbahas dan melakukan semak imbang mengikut ruang demokrasi.
“Moga Allah SWT bantu. Doakan kami,” ucap Tuan Ibrahim.