Apple larang masukkan iPhone dalam bekas beras

- Advertisement -

NEW YORK- Apple Inc. memberi amaran kepada pelanggan supaya berhenti memasukkan telefon pintar iPhone mereka dalam bekas beras apabila peranti itu basah.

Memasukkan alat elektronik basah ke dalam beg beras untuk menyerap kelembapan sudah lama menjadi amalan Do It Yourself (DIY), tetapi pengeluar iPhone mengemas kini panduan pada halaman sokongannya untuk memberi amaran khusus kepada pelanggan terhadap tips itu.

“Jangan letakkan iPhone anda dalam beg beras. Melakukannya boleh membenarkan zarah kecil beras merosakkan iPhone anda,” jelas halaman itu.

Apple juga memberi amaran supaya tidak menggunakan tin udara termampat atau sumber haba luaran untuk mengeringkan peranti tersebut.

Syarikat itu berkata, iPhone basah sebaliknya perlu dilap dengan kain dan dibiarkan kering secara semula jadi sehingga semua lembapan tersejat.

Telefon pintar itu juga tidak boleh disambungkan pada pengecas sehingga ia benar-benar kering, tetapi pengecasan tanpa wayar kekal selamat.

Dalam pada itu, jurucakap Samsung Australia, Nathan Rigger turut menawarkan nasihat serupa kepada pemilik telefon pintar jenama Samsung.

“Saya tidak akan mengesyorkan meletakkan telefon basah dalam bekas beras kering, ” kata Rigger kepada Yahoo Finance.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat