Titah Agong jadi panduan pimpinan kerajaan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang sarat dengan pesanan buat semua ahli Parlimen wajar diamati, diperhalusi dan dijadikan sebagai panduan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama seluruh barisan ahli Parlimen kerajaan telah bersedia sepenuhnya untuk sesi perbahasan Titah Diraja bermula esok.

Zahid juga menyatakan akan memberikan komitmen yang tinggi pada sidang Parlimen kali ini.

“Pagi ini saya telah hadir ke Parlimen dan mendengar Titah Diraja oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, sempena Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 yang bermula hari ini.

“Insya-Allah, saya bersama-sama Perdana Menteri dan seluruh barisan ahli Parlimen kerajaan telah bersedia sepenuhnya untuk sesi perbahasan Titah Diraja bermula esok dan akan memberikan komitmen yang tinggi pada sidang Parlimen kali ini.

“Menjunjung kasih, Tuanku,” ucap Zahid.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat