Jual Kereta Proton Saga Demi Sebuah Perjuangan – Syed Mohd

- Advertisement -

SIMPANG RENGGAM: Calon Naib Ketua Pemuda Simpang Renggam, Syed Mohd Syed Nasir mengambil keputusan untuk mengadaikan kereta saga kesayangan miliknya demi sebuah perjuangan.

Katanya, ia bagi mempastikan UMNO terus relevan dikalangan anak muda.

Katanya lagi, ibubapanya juga memberi restu untuk menjual kereta proton saga tersebut.

”Tindakan ini bukti saya menginsafi dan tekad saya dalam perjuangan, apa pun berlaku UMNO harus kekal menjadi wadah perjuangan pada anak bangsa terutamanya orang muda.

“Proton Saga ini menyimpan seribu satu kenangan dan saksi perjuangan hidup ini mengekalkan wadah parti pada orang muda supaya terus kekal relevan.

“Dengan restu dari ibu saya untuk menjual kenderaan ini menjadi saksi perjuangan saya dalam mengembalikan sokongan orang muda pada parti, usaha ini sangat kecil nak dibandingkan dengan perjuangan orang dahulu yang sanggup bergadai apa sahaja untuk membangun anak bangsa dan negara ini.” Katanya melalui kenyataan medianya pada Ahad.

Ujar Syed yang juga Aktivis Pemuda UMNO, tekad yang beliau hendak kongsikan pada sahabat-sahabat pemuda di Malaysia dan khususnya di Parlimen Simpang Renggam ialah kita perlu membuktikan kesediaan dan kesanggupan kita membawa obor perubahan pada parti. Kita juga perlu memikul tanggungjawab dalam mentadbir pemuda nanti.

Tegas Syed, parti sepatutnya tidak menghalang anak muda yang ingin berjuang, mereka perlu diberi peluang untuk bersama-sama berjuang demi Agama, Bangsa dan Tanahair.

”Jadi saya mengambil tanggungjawab dan cabaran ini, supaya saya dapat menjaminkan semula imej serta dapat membina pengaruh serta harapan baru pada generasi yang akan datang.

“Perjuangan adalah pelaksaaan dari kata-kata, Keberanian adalah cakrawala, Kita ini pemenang, bukan pecundang. Jangan kau kotorkan semangat dengan keragu-raguan.” Katanya.-SUARATV

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat