Fadzli Tawar Diri Tanding Jawatan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Raub

- Advertisement -

RAUB: Exco Komunikasi dan Multimedia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Fadzli Mohamad Kamal menawarkan diri bagi merebut jawatan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Raub.

Katanya, UMNO perlu memerlukan kepimpinan yang mempunyai dinamisme, kreativiti dan fleksibiliti dalam percaturan politik baharu yang lebih rencam dan terbuka.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Raub serta Ketua Penerangan Pemuda UMNO Negeri Pahang berkata, berbekalkan pengalaman, kebolehan dan hubungan erat dirinya dengan kepimpinan di peringkat negeri dan nasional, diharap ianya dapat dijadikan sandaran kepada akar umbi untuk menimbang dan memperhalusi penawaran diri beliau.

“Saya dengan rasa rendah diri ingin menyatakan kesediaan untuk mengisi jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Raub.

”Berbekalkan sedikit pengalaman, kebolehan dan hubungan erat saya dengan kepimpinan di peringkat negeri dan nasional, diharap ianya dapat dijadikan sandaran kepada akar umbi untuk menimbang dan memperhalusi penawaran diri saya ini untuk menabur khidmat bakti kepada UMNO Bahagian Raub.

”Saya yakin dan percaya bahawa UMNO berupaya kembali bangkit memenangi hati dan minda rakyat menerusi gerak kerja yang berstrategi, ikhlas serta bersungguh-sungguh.

”Kesemua ini memerlukan kepimpinan yang mempunyai dinamisme, kreativiti dan fleksibiliti dalam percaturan politik baharu yang lebih rencam dan terbuka.

”Saya mohon agar penawaran diri saya ini mendapat iringan doa dan dukungan tidak berbelah bahagi daripada semua ahli UMNO Bahagian Raub.” ujarnya. -SUARATV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat