SPRM Beku Aset Rohana Rozhan Selepas Dakwaan Ugutan Babit 1MDB

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Aset dan akaun bank milik bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Astro Malaysia Holdings Bhd, Datuk Rohana Rozhan dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Memetik sumber SPRM, perintah pembekuan berkenaan dibuat selepas agensi berkenaan memulakan siasatan ke atas dakwaan pemilikan rumah oleh Tim Leissner yang dibeli menggunakan wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tindakan pembekuan itu membabitkan larangan ke atas Rohana daripada melakukan sebarang transaksi melibatkan akaun bank miliknya di United Kingdom (UK).

“Pembekuan aset itu dibuat di bawah Seksyen 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (AMLA 2001)

“Ia dibuat ketika pihak SPRM memulakan siasatan terhadap dakwaan bekas pegawai bank Goldman Sachs, Tim (Leissner) yang mendakwa telah diugut untuk membelikan sebuah rumah bernilai AS$10 juta di London,” kata sumber SPRM, ketika dihubungi Astro AWANI pada Jumaat.

SPRM, sebelum ini, dilapor mengambil keterangan Rohana pada pagi Khamis dan siasatan dibuat berdasarkan Seksyen 4(1) AMLA 2001.
Ini susulan dakwaan yang Rohana dipercayai membayar harga sebuah rumah di London menggunakan separuh daripada jumlah wang yang didakwa diberikan oleh Leissner, sementara baki wang itu disimpan dalam sebuah akaun di UK.

Terdahulu, Rohana dalam satu kenyataan pada Jumaat, mengesahkan kehadirannya ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada Khamis, untuk memberi keterangan dan bersedia bekerjasama membantu siasatan.

“Saya merujuk kepada dakwaan pihak media terhadap saya.

“Saya telah hadir ke SPRM dan memberikan kerjasama penuh dalam siasatan mereka,” kata Rohana, melalui pejabat peguamnya, Valen, Oh & Partners.

Dalam prosiding berkaitan 1MDB di Amerika Syarikat, Leissner yang berkata dia merupakan bekas kekasih Rohana turut memetik beberapa nama lain.

Leissner turut mengakui membelikan bekas kekasihnya itu rumah pada 2013 selepas Rohana dakwanya mengancam mendedahkan penglibatannya dalam 1MDB.

Leissner mengaku bersalah pada 2018 kerana terlibat dalam pelanggaran undang-undang antirasuah Amerika Syarikat dan konspirasi pengubahan wang.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat