Perkasa, Ibrahim Ali Diarah Bayar Guan Eng RM150,000

- Advertisement -

PUTRAJAYA- Mahkamah Persekutuan  mengembalikan semula keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Presidennya, Datuk Ibrahim Ali membayar ganti rugi RM150,000 kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kerana fitnah.

Dalam keputusan majoriti 2-1, panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Pathmanathan membenarkan rayuan Guan Eng untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Memetik laporan Bernama, Hakim Datuk Harmindar Singh Dhaliwal yang menyampaikan keputusan itu berkata seorang pegawai awam, sama ada menyaman atas kapasiti jawatan rasmi atau peribadi, tidak dilarang daripada membawa tindakan untuk mendapatkan ganti rugi atas fitnah.

Nallini setuju dengan Harmindar sementara Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli sebaliknya.

Mahkamah membenarkan kos RM50,000 diberikan kepada Guan Eng yang merupakan Setiausaha Agung DAP dan juga bekas Menteri Kewangan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,587FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat