Bomba turunkan mayat lelaki atas bumbung rumah

SUNGAI PETANI: Anggota bomba menurunkan mayat seorang lelaki yang ditemui di atas bumbung sebuah rumah di Lorong Bunga Raya, Taman Bunga Raya, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata pihaknya menerima panggilan khidmat khas itu pada jam 9.48 pagi.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Amanjaya yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Shahrim Ismail tiba di lokasi pada jam 10.11 pagi.

“Setibanya di lokasi, didapati mayat lelaki berusia 60 tahun itu berada di atas bumbung.

“Komander operasi kemudian mengarah anggota untuk membawa mayat mangsa turun dengan tangga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamadul Ehsan berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan.

Beliau berkata, pihaknya menyerahkan mayat mangsa kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 11.10 pagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung penemuan mayat itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

-BERITA HARIAN

Topik Hangat

Hikayat Tan Sri Hamid Bador

Sidang media terakhir Tan Sri Abdul Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara (KPN) penuh kontroversi dan mungkin dilihat oleh sebahagian orang sebagai bersikap membalas...

Lompat parti tak salah, SPRM tak berhak siasat – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang-undang...

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Berita Berkaitan

16 Lokaliti Di Sungai Ruan, 7 Kawasan Di Sempalit Dikenakan PKPD Bermula 8 Mei

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di 16 lokaliti di Sungai Ruan serta tujuh kawasan di Sempalit, Raub, Pahang bermula...

Kerajaan Laksana Misi Bawa Pulang Rakyat Malaysia Dari India – Hishammuddin

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan melaksanakan misi repatriasi khusus bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di wilayah utara dan barat India semasa negara...

19 Kematian, 3,551 Kes Baru Covid-19 Direkodkan Hari Ini

KUALA LUMPUR - Malaysia terus mencatatkan kes baharu jangkitan COVID-19 melebihi angka 3,000 dengan 3,551 kes baharu yang direkodkan pada Khamis. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan,...