Takiyuddin sahkan Muhyiddin tak dijemput mesyuarat MT PN Khamis ini

KUALA LUMPUR – Timbalan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Takiyuddin Hasan mengesahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak dinamakan dalam senarai hadir ke mesyuarat luar biasa Majlis Tertinggi PN Khamis ini.

Jelas Takiyuddin, tindakan berkenaan susulan tindakan Ahli Parlimen Pagoh itu yang mengumumkan meletak jawatan berkuat kuasa 1 Januari 2026.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu menyatakan, atas sebab itu, hanya ahli MTPN yang berbaki dipanggil untuk hadir ke mesyuarat berkenaan.

Selain itu, Takiyuddin juga memberitahu, Setiausaha Agung PN Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Penerangan PN Datuk Dr Mohd Radzi Jidin yang turut meletakkan jawatan sebelum ini, turut tidak disenarai sebagai yang akan hadir dalam mesyuarat itu.

“Pandangan undang-undang yang kami terima ialah dari segi undang-undang, (peletakan jawatan Muhyiddin) ini sudah berkuat kuasa (mulai 1 Januari lalu).

“Tapi tak apalah, walaupun demikian, (pemakluman peletakan jawatan itu) perlu dibawa kepada Majlis Tertinggi Perikatan Nasional untuk diluluskan juga,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Pas pada Isnin.

Satu surat jemputan mesyuarat luar biasa PN Khamis ini yang dikongsi gabungan itu semalam mengundang kritikan pemimpin Bersatu yang mempersoalkan mengapa nama Muhyiddin tak disenarai sebagai mereka yang perlu hadir.

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, Muhyiddin turut menghantar satu surat bertarikh 30 Disember 2025 kepada Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, bagi memaklumkan kuat kuasa peletakan jawatan itu.

Justeru, beliau berkata, mesyuarat luar biasa Majlis Tertinggi PN Khamis ini akan memfokuskan tiga agenda utama iaitu memilih pengerusi mesyuarat, meluluskan atau membincangkan sama ada meluluskan atau tidak peletakan jawatan Muhyiddin serta melantik Pengerusi PN yang baru.

“Kedudukan Muhyiddin selaku pengerusi PN akan ditentukan Khamis ini, dalam mesyuarat luar biasa MT PN.

“Muhyiddin akan kekal sebagai pengerusi jika majoriti anggota tidak bersetuju dengan perletakan jawatannya.

“Jika MT PN meluluskan peletakkan jawatan pengerusi PN, baru diadakan perbincangan untuk pemilihan pengerusi PN baharu.

“Kalau tak lulus maka legally dia kekal sebagai pengerusi, tak perlulah lantik pengerusi yang baharu.”

MT PN akan mengadakan mesyuarat Khamis ini di ibu pejabat Gerakan, melibatkan 16 anggota yang masih memegang jawatan dalam gabungan itu.

Muhyiddin dalam kenyataan selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU sebelum ini menyatakan kekal dengan pendirian untuk terus meletak jawatan.

Senarai Ahli Majlis Tertinggi PN yang akan hadir mesyuarat Khamis ini termasuk Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Takiyuddin berkata, kehadiran Ahli Parlimen Larut atas kapasiti Timbalan Pengerusi PN yang mewakili Bersatu.

“Oleh kerana Presiden Bersatu iaitu Muhyiddin menjadi Pengerusi PN, maka Bersatu melantik Timbalan presidennya iaitu Hamzah menjadi timbalan pengerusi (PN),” katanya

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat